MSN Nafi Ketua Pengarah Terlibat Program Akademi Badminton Berbayar

KUALA LUMPUR — Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin menafikan sebarang penglibatan terhadap dengan sebuah akademi badminton yang mendakwa menawarkan penyertaan program dengan yuran bayaran dalam jumlah yang besar.

Menurut kenyataan rasmi MSN, pihaknya tidak pernah meluluskan penggunaan nama dan gambar Ketua Pengarah bagi tujuan promosi aktiviti berbayar yang dijalankan oleh mana-mana pihak luar dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“MSN tidak pernah melantik, memberi kebenaran atau mengiktiraf mana-mana individu atau kumpulan untuk menggunakan nama, identiti atau imej MSN bagi tujuan kutipan bayaran untuk sebarang aktiviti sukan.

“MSN memandang serius penyalahgunaan ini dan satu laporan telahpun dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan,” menurut kenyatan itu.

Dalam pada yang sama, MSN turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti perkara berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama serta imej jabatan berkenaan.

Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat sahih daripada saluran rasmi MSN sebelum menyertai mana-mana program yang melibatkan bayaran.

“Mana-mana individu yang telah menjadi mangsa penipuan seumpama itu diminta segera membuat laporan polis serta menghubungi institusi kewangan masing-masing bagi tindakan lanjut.

“MSN akan terus mengambil langkah proaktif bagi membendung aktiviti seumpama ini serta melindungi kepentingan orang awam dan reputasi organisasi,” menurut kenyataan itu. — BERNAMA

Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *