MANJUNG – Dua lelaki maut selepas lori membawa muatan ayam yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 194.7 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah Utara Sitiawan, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.11 pagi.
“Lori jenis Hino itu dipercayai terbabas sebelum terbalik di bahu jalan. Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun dan seorang lelaki warga Vietnam berusia lingkungan 30-an telah tercampak dan tersepit di tepi lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata, kedua-dua mangsa telah disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L