Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) City FC menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) dengan jaringan 2-0, sekali gus mengutip tiga mata penuh dalam satu-satunya perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi. 

Skuad The City Boys memperoleh gol pertama menerusi Safawi Rasid pada minit ke-20. 

Tuan rumah kemudian meraih peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Azwan Aripin pada minit ke-41, namun cubaan tersebut digagalkan penjaga gol KL City Julian Kammeraad.

Pasukan pelawat kemudian menggandakan kedudukan menerusi pemain import Kpah Sherman pada minit ke-53 yang menanduk bola hantaran lintang rakan sepasukan dan keputusan kekal 2-0 sehingga ke wisel penamat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Keputusan itu menyaksikan kedudukan KL City melonjak ke tangga ketiga carta Liga Super dengan 42 mata manakala Kelantan di tangga ketiga tercorot dengan 15 mata. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *