Olahan NurFarhana Zulkeply
KUALA LUMPUR — Tenaga Nasional Berhad (TNB) menegaskan tiada sebarang kenaikan tarif elektrik dilaksanakan pada bulan ini, sekali gus menolak dakwaan yang tersebar di media sosial sebagai tidak benar dan mengelirukan.
Menurut TNB dalam kenyataan, sebarang perubahan kadar elektrik hanya dilakukan berdasarkan mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA), yang mengambil kira turun naik harga bahan api di peringkat global serta pergerakan kadar tukaran mata wang.
Mekanisme berkenaan, yang mula diperkenalkan pada Julai tahun lalu, melibatkan semakan secara berkala setiap bulan dan perlu mendapat pengesahan daripada Suruhanjaya Tenaga.
Dalam perkembangan sama, TNB memaklumkan pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap penyebaran maklumat tidak sahih itu.
Syarikat utiliti itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi berita yang belum dipastikan kesahihannya bagi mengelakkan kekeliruan serta kebimbangan dalam kalangan pengguna.
Selain itu, pengguna disaran mendapatkan maklumat tepat melalui saluran rasmi TNB berhubung sebarang perubahan berkaitan tarif elektrik.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L