Lelaki Bunuh Adik Lelaki, Ditembak Mati Polis di Tenom

Olahan Siti Khadijah Manudin

KOTA KINABALU — Polis menembak mati seorang lelaki selepas suspek membunuh adiknya dan turut mengancam sesiapa yang berada berhampiran rumahnya di Kampung Kangkawang, Tenom.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, lelaki terbabit telah menembak adiknya yang berusia 54 tahun dan disahkan mati di tempat kejadian.

Mangsa yang bekerja sebagai pekebun kecil, meninggal dunia akibat kecederaan parah di belakang badan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Suspek yang berusia 57 tahun pula dipercayai menggunakan senjata api buatan sendiri yang dikenali sebagai “bakakuk”.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan di dalam rumah dan suspek juga mengugut untuk menembak sesiapa yang cuba mendekati kawasan itu.

Operasi sekatan dijalankan kira‑kira jam 9.30 pagi dengan polis mengeluarkan tiga arahan untuk suspek menyerah diri, namun tidak diendahkannya.

Beberapa das tembakan gas pemedih mata dilepaskan ke dalam rumah untuk cuba memaksa suspek keluar, tetapi beliau tetap degil dan tidak bekerjasama.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *