Tiger Woods ditahan selepas kemalangan

MIAMI – Legenda golf dunia, Tiger Woods ditahan dan didakwa memandu di bawah pengaruh (DUI) selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, menurut pihak berkuasa.

Woods, 50, tidak mengalami kecederaan selepas kenderaannya terbalik ketika cuba memotong sebuah trak di jalan perumahan di Jupiter Island.

Sherif Daerah Martin, John Budensiek, berkata Woods menunjukkan tanda “terjejas”, walaupun lulus ujian pernafasan alkohol.

Namun, beliau tetap didakwa selepas enggan menjalani ujian air kencing seperti diminta pihak berkuasa.

“Apabila diminta menjalani ujian, dia menolak dan didakwa atas kesalahan DUI, kerosakan harta benda serta enggan mematuhi arahan sah,” kata Budensiek.

Pakar pengesanan dadah di lokasi percaya Woods berada di bawah pengaruh ubat atau bahan tertentu, namun keputusan muktamad tidak dapat dipastikan kerana penolakan ujian berkenaan.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, Budensiek menyifatkan insiden itu berpotensi menjadi lebih buruk.

“Ini jalan dua lorong. Jika ada kenderaan dari arah bertentangan, situasinya mungkin jauh lebih serius,” katanya.

Insiden itu berlaku lima tahun selepas Woods terbabit dalam kemalangan serius di California yang menyebabkan kecederaan teruk pada kaki kanan.

Pemenang 15 kejuaraan major itu sebelum ini juga pernah ditahan atas kesalahan sama pada tahun 2017, selain berdepan pelbagai cabaran termasuk kecederaan dan kontroversi peribadi sepanjang kariernya.

Woods masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan tendon Achilles dan pembedahan belakang, namun tidak menolak kemungkinan kembali beraksi di kejohanan Masters bulan depan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *