KUALA LUMPUR – Para pemegang saham Seni Jaya Corporation Berhad (Seni Jaya) sebulat suara meluluskan cadangan pengambilalihan Unilink Outdoor Sdn. Bhd. (Unilink) dan Vision OOH Sdn. Bhd. (Vision) dengan pertimbangan pembelian gabungan sebanyak RM57.85 juta.
Pengambilalihan Unilink sebanyak RM39.5 juta akan diselesaikan melalui gabungan RM11.85 juta secara tunai dan RM27.65 juta melalui penerbitan 87,500,000 saham biasa baharu di Seni Jaya pada harga terbitan RM0.3160 sesaham, manakala pengambilalihan Vision sebanyak RM18.35 juta akan diselesaikan sepenuhnya melalui penerbitan 58,069,620 saham baharu pada harga terbitan yang sama iaitu RM0.3160 sesaham.
Secara keseluruhan, 145,569,620 saham baharu akan dikeluarkan sebagai balasan untuk kedua-dua pengambilalihan.
Di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) itu juga para pemegang saham juga meluluskan cadangan penempatan persendirian sehingga 64,064,000 saham baharu, yang mewakili sehingga 30 peratus daripada saham terbitan sedia ada Syarikat, kepada pelabur pihak ketiga bebas yang akan dikenal pasti kemudian.
Hasil daripada penempatan persendirian bertujuan untuk membiayai bahagian tunai pengambilalihan Unilink, menyokong keperluan modal kerja, membiayai pengubahsuaian pejabat di The Mate dan menampung perbelanjaan cadangan berkaitan, sekali gus mengukuhkan struktur modal Kumpulan yang diperbesarkan.
Jeff Cheah See Heong, Ketua Pegawai Eksekutif Seni Jaya Corporation Berhad, Jeff Cheah See Heong berkata, pihaknya berterima kasih atas sokongan padu daripada pemegang saham syarikat.
“Kelulusan ini mencerminkan keyakinan bersama bahawa mengembangkan asas aset kami dan mengukuhkan jejak kami di seluruh negara akan meletakkan Seni Jaya untuk pertumbuhan yang mampan. Strategi M&A kami distrukturkan dengan teliti untuk mengimbangi disiplin modal dengan penciptaan nilai jangka panjang,” katanya.
Beliau menambah, dengan penggabungan Unilink dan Vision pihaknya akan mendapat manfaat daripada rangkaian papan iklan premium yang lebih luas, hubungan pelanggan yang lebih mendalam dan sinergi operasi yang lebih baik.
Pemegang saham menyedari bahawa platform yang diperbesarkan ini meningkatkan keupayaan kami untuk merebut pemulihan industri dan perubahan struktur ke arah format platform Luar Rumah (OOH) berimpak tinggi dan digital OOH.
Melangkah ke hadapan, Kumpulan menjangkakan keuntungan akan bertambah baik, disokong oleh ketiadaan yuran kerjasama yang sebelum ini perlu dibayar kepada Unilink dan Vision setelah selesai pengambilalihan.
Di samping itu, portfolio papan iklan milik Kumpulan yang diperbesarkan dijangka berkembang daripada 270 kepada 458 papan iklan, mengukuhkan jejak Kumpulan di seluruh negara, meningkatkan kehadiran pasaran, dan meletakkan Seni Jaya untuk merebut peluang pertumbuhan jangka panjang dalam segmen OOH dan DOOH.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L