Serangan udara AS-Israel sasar hospital di ibu kota Iran – Laporan

ANKARA: Serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel menyasarkan Hospital Gandhi di utara Tehran, semalam, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media Iran.

Rakaman disiarkan televisyen kerajaan menunjukkan tingkap pecah dan kerosakan pada bahagian depan hospital berkenaan.

Susulan serangan itu, langkah keselamatan telah dipertingkatkan di sekitar hospital dengan pasukan perubatan menjalankan pemeriksaan di dalam bangunannya.

Dalam rakaman itu, jururawat dilihat mengeluarkan bayi baru lahir dari hospital dan cuba memindahkan mereka ke lokasi lain.

Terdahulu, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Iran mengeluarkan imej yang menunjukkan ibu pejabatnya dan beberapa hospital telah menjadi sasaran dalam serangan itu.

AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, Sabtu lalu, membunuh beberapa pemimpin tertinggi Iran termasuk Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel dan aset AS, termasuk di beberapa negara Teluk.

Israel dan AS melancarkan serangan serupa ke atas Iran pada Jun lalu, mencetuskan perang 12 hari sebelum gencatan senjata diumumkan.

Facebook: Nasional Daily

TikTok: Nasional Daily

Iklan: Admin / Sales / 012-9222001

Whatsapp: Nasional Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *