OCR lancar perumahan mampu milik, serah pemilikan kosong untuk Isola KLCC

Untung sebelum cukai OCR melonjak 69.1 peratus kepada RM6.2 juta

PETALING JAYA – Syarikat hartanah bersepadu, OCR Group Bhd mencatatkan lonjakan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak 69.1 peratus tahun ke tahun kepada RM6.2 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (S4 TK2025), berbanding RM3.7 juta pada tempoh sebelumnya.

Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan berkata, pertumbuhan ini disokong oleh hasil yang melonjak dengan ketara kepada RM71.7 juta pada S4 TK2025 berbanding hanya RM4.0 juta pada S4 TK2024.

Pencapaian luar biasa ini dipacu terutamanya oleh pengiktirafan kemajuan daripada projek Rumah Selangorku, iaitu Residensi Akasia (Kyra Collection) di Shah Alam, di samping jualan unit siap daripada Isola KLCC dan The Mate @ Damansara Jaya.

Mengulas mengenai prestasi kewangan yang kukuh ini, Pengarah Urusan Kumpulan OCR Group Bhd, Billy Ong Kah Hoe berkata, S4 menandakan pemulihan operasi yang kukuh untuk Kumpulan, dengan pecutan bermakna dalam pengiktirafan hasil dan peningkatan keuntungan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kemajuan yang dicapai di Residensi Akasia (Kyra Collection) dan pembangunan berterusan kami mencerminkan kekuatan saluran projek dan keupayaan pelaksanaan kami.

“Kami kekal fokus untuk mengekalkan disiplin kos sambil memacu momentum jualan merentasi pembangunan utama kami,” katanya.

Selain memfokuskan kepada segmen kediaman mampu milik, OCR Group Bhd. turut memperluaskan portfolio hartanahnya dengan pelancaran D’Templer Hilltop Residences di Rawang pada S4 TK2025.

Projek yang berdekatan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong ini merupakan pembangunan kediaman bertanah berorientasikan gaya hidup dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM344 juta.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Melangkah ke tahun 2026, kumpulan berkenaan kekal optimis dengan perancangan pelancaran projek baharu, termasuk pembangunan komersial dan kediaman campuran di Jalan Alor serta Residensi Begonia.

Prospek positif ini turut disokong oleh peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM81.0 bilion di bawah Bajet 2026, berserta Skim Jaminan Kredit Perumahan bernilai RM20 bilion yang dijangka akan terus merangsang permintaan pembeli rumah pertama bagi segmen mampu milik.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *