Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Situasi cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapat lima kawasan di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap Satu).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terbabit ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

“Tahap berjaga-jaga: Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” menurut jabatan itu menerusi hantaran Facebook hari ini.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *