Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka

KUALA LUMPUR – Waris Sultan Zainal Abidin III yang masih hidup diminta menghubungi Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi membolehkan pengemaskinian dan pengumpulan maklumat dalam usaha menuntut separuh bahagian tanah Cap Zuriat Sungai Mengkuang (CZSM) yang diambil balik oleh kerajaan negeri pada 1923.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan peguam syarie Tuan Musa Awang dan Wan Abdul Halim Wan Harun yang mewakili Tengku Ibrahim sebagai pemegang Surat Kuasa Wakil kepada waris Sultan Zainal Abidin III, semua waris boleh menghubungi Razali Ibrahim melalui talian 016-3752488 atau Iwan Yaacob (011-10199339) secepat mungkin.

Ini susulan perintah/penghakiman Faraid (Tarekah) yang diperoleh daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada 4 Januari lalu yang mengesahkan nama waris faraid kepada Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang juga seorang daripada anakanda kepada Sultan Zainal Abidin III.

“Anak guam kami (Tengku Ibrahim) tetap yakin dan percaya setengah bahagian Almarhum Sultan Zainal Abidin III yang dikira daripada bahagian CZSM masih kekal sebagai harta pusaka yang belum dibuat pembahagian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Selain itu, serah balik CZSM oleh Tengku Sri Bijaya Raja kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada 1923 adalah tidak termasuk setengah bahagian Almarhum Sultan Zainal Abidin III yang telah menjadi harta pusaka almarhum,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, memandangkan CZSM termasuk setengah bahagian Almarhum Sultan Zainal Abidin III yang diterima daripada harta pusaka Tengku Besar Hafsah sudah berpindah kepada Kerajaan Negeri Terengganu, dibangunkan sebagai rancangan Tanah Felda dan diagih-agihkan kepada peserta serta telah dibuat pembangunan ketara, maka tanah harta pusaka itu hendaklah digantikan dengan tanah lain melalui kaedah penggantian (istibdal) tanah yang lain.

“Tengku Ibrahim akan tetap meneruskan tuntutan waris-waris terhadap setengah bahagian tanah CZSM sejumlah lebih 5,463 hektar yang diambil kerajaan negeri pada 1923 supaya digantikan lokasi asal tanah pusaka tersebut ke suatu lokasi lain yang sesuai, kepada waris yang berhak,” menurut kenyataan itu.

Pada 2005, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu memerintahkan supaya kerajaan negeri (defendan) mengeluarkan Surat Hak Milik setengah bahagian tanah itu atas nama Sultan Zainal Abidin III, atau membayar pampasan dalam bentuk yang difikirkan wajar mengikut nilaian semasa tanah itu, serta memerintahkan supaya tanah pusaka itu dibahagikan kepada waris yang berhak.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kerajaan negeri kemudian telah membuat rayuan terhadap keputusan itu, dan pada 16 Julai 2007, panel Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu membenarkan rayuan itu dan memutuskan keputusan sebelum ini sebagai terbatal.

Pada Ogos 2020, sebanyak 309 waris Sultan Zainal Abidin III memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu berhubung status setengah bahagian tanah CZSM itu.

Pada 10 April 2023, Panel-Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu mengarahkan supaya waris-waris mengemukakan sijil/perakuan faraid waris-waris Almarhum Sultan Zainal Abidin III bagi tuntutan tanah seluas lebih 5,463 hektar di daerah Kemaman. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *