Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan terhadap Agong - Dr. Akmal

Pemuda UMNO Gesa Keputusan Kerajaan Perpaduan Dinilai Semula – Dr. Akmal

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menggesa parti itu supaya terus menilai secara matang keputusan untuk kekal menyokong Kerajaan Perpaduan, meskipun akur dan menghormati pendirian rasmi parti yang diputuskan sebelum ini.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, pendirian itu pernah disuarakan secara rasmi oleh Pemuda UMNO dalam satu konvensyen sebelum ini, apabila sayap itu mendesak agar pimpinan parti menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan.

Namun, katanya, Pemuda memilih untuk tunduk kepada keputusan parti demi menjaga disiplin dan keharmonian dalaman.

“Sejujurnya, Pemuda UMNO berpegang kepada satu keyakinan, belum terlambat untuk menilai dan merenung semula keputusan ini secara matang,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Menurut Dr Akmal, pandangan yang disuarakan Pemuda UMNO bukan bertujuan mencabar kepimpinan, sebaliknya untuk dibahaskan secara terbuka dan beradab oleh para perwakilan sebagai kuasa tertinggi parti.

Beliau menegaskan, setiap suara yang lahir daripada perbahasan yang jujur di Perhimpunan Agung UMNO akan menentukan hala tuju parti pada masa hadapan, selaras dengan hasrat Pemuda memastikan maruah parti terus dijulang.

“Pemuda UMNO tidak berjuang untuk menjadi selesa hari ini, tetapi untuk memastikan perjuangan ini masih bernyawa pada hari esok,” katanya.

Dalam ucapannya, Dr. Akmal turut menekankan komitmen Pemuda UMNO dalam memperkukuh kesiapsiagaan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), termasuk menyediakan laluan politik yang jelas untuk generasi muda dalam UMNO.

Beliau menggambarkan hubungan Pemuda dan akar umbi sebagai tidak terpisah, sambil menegaskan majoriti ahli Pemuda UMNO datang daripada latar belakang keluarga marhaen dan membesar bersama denyut nadi rakyat.

“Kami datang dari bawah, hidup bersama rakyat dan memahami realiti sebenar masyarakat,” katanya.

Mengulas prestasi pilihan raya, Dr. Akmal berkata, Pemuda UMNO memilih untuk menjawab keraguan terhadap keupayaan mereka melalui keputusan di medan pilihan raya, bukan sekadar retorik.

Antara kejayaan diketengahkan termasuk kemenangan di Nenggiri, Mahkota dan Ayer Kuning, yang menurutnya menunjukkan keberkesanan strategi, disiplin dan kerja akar umbi Pemuda UMNO, khususnya dalam kalangan pengundi muda.

Beliau turut menyentuh kejayaan Barisan Nasional (BN) di Kunak, Sabah pada Pilihan Raya Negeri lalu, yang disifatkan sebagai antara pencapaian paling signifikan Pemuda UMNO.

Kerusi tersebut sebelum ini dianggap sebagai sukar dimenangi dan merupakan kubu kuat Warisan.

“Kerusi Kunak diletakkan sebagai Tier 3, namun dengan kesatuan jentera dan kerja keras, kita menang dengan majoriti lebih 2,000 undi,” katanya.

Menurut Dr Akmal, ketika Pemuda UMNO mengambil alih kepimpinan, sayap itu hanya mempunyai tiga kerusi, namun berjaya menambah empat lagi kerusi dalam tempoh tiga tahun.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pemuda UMNO akan mempertaruhkan Bendahari Pemuda UMNO Malaysia, Naim Mokhtar, sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dalam pilihan raya akan datang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *