NAIROBI – Lima maut selepas sebuah helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania, ketika sedang menjalani misi pemindahan perubatan, menurut polis tempatan, lapor Anadolu Ajansi.
Komander Polis Wilayah Kilimanjaro, Simon Maigwa berkata, kejadian berlaku hari ini kira-kira jam 11.30 pagi (Waktu Afrika Timur), ketika helikopter itu dalam penerbangan mengambil pesakit yang sedang mendaki gunung berkenaan melalui syarikat pelancongan Boby Camping.
Pesawat terhempas di zon altitud tinggi antara Kibo Hut dan Barafu Camp, antara laluan pendakian terakhir ke puncak tertinggi Afrika, setinggi 5,895m dari paras laut.
Maigwa berkata, mangsa adalah dua warga asing, seorang pemandu pelancong, juruterbang dan seorang doktor yang juga sebahagian daripada pasukan penyelamat.
Menurut laporan, tiada mangsa yang terselamat.
Gunung Kilimanjaro, destinasi pelancongan utama, kerap bergantung kepada pemindahan menggunakan helikopter untuk menyelamatkan pendaki yang mengalami penyakit altitud atau kecederaan semasa pendakian.
Kawasan itu terkenal dengan udara nipis dan keadaan cuaca berubah-ubah dengan pantas, yang boleh menyukarkan operasi penyelamatan.
Pasukan kecemasan dihantar ke lokasi nahas dan siasatan mengenai punca kejadian dimulakan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L