Tindakan memotong gagal, kereta bertembung dengan trak tentera

MACHANG – Kemalangan melibatkan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer 37.8 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai dekat Kampung Bukit Belah di sini semalam, dipercayai berpunca daripada tindakan sebuah Proton Wira yang gagal memotong.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin memaklumkan, kemalangan pada jam 6.35 petang itu membabitkan trak tiga tan jenis Hicom yang membawa anggota tentera dari arah Tanah Merah ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

“Ketika kejadian, sebuah kereta dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum memasuki laluan bertentangan. Situasi itu menyebabkan pemandu trak tidak sempat mengelak dan berlaku pertembungan,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang anggota ATM disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala tiga lagi cedera ringan. Pemandu Proton Wira yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan segera.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Nurhanis Ibrahim di talian 011-1454 020 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di 09-9751 222.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *