TDM patahkan cubaan seludup dadah bernilai lebih RM10.9 juta, rampasan terbesar tahun ini

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah disyaki methamphetamine bernilai lebih RM10.9 juta di Kuala Nerang, Kedah semalam, jumlah rampasan terbesar direkodkan tahun ini.

TDM dalam kenyataan memaklumkan operasi pada 4.30 pagi itu diketuai Kapten Muhammad Zulharif Abdul Rahim bersama lima anggota Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) telah menahan seorang lelaki warga Thailand dalam keadaan mencurigakan, kira-kira 1.2km dari Kem Sahara, Kuala Nerang.

“Pemeriksaan menjumpai sebuah walkie-talkie, sebilah parang, satu beg pinggang dan lampu suluh,” menurut kenyataan itu.

Susulan penahanan itu, pemeriksaan lanjut pada 7 pagi sepanjang laluan suspek menemukan 331 bungkusan berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah methamphetamine, masing-masing seberat satu kilogram.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Nilai setiap bungkusan dianggarkan RM33,000, menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM10.923 juta.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap pada 2.55 petang hari sama untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *