SPRM Jelaskan Prosedur Siasatan, Nafi Dakwaan Salah Guna Kuasa

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil menolak dakwaan Rafizi Ramli yang mendakwa suruhanjaya itu digunakan untuk menyiasat calon tertentu semasa pemilihan PKR 2025.

Menurut SPRM, siasatan yang dijalankan tidak pernah dipengaruhi sebarang agenda politik, sebaliknya hanya berasaskan aduan atau maklumat sah yang diterima.

Dalam penjelasan lanjut, SPRM menerangkan, setiap laporan akan melalui proses penilaian awal sebelum siasatan dijalankan mengikut undang-undang.

Dakwaan pegawai SPRM mengepung rumah seorang individu juga ditepis.

SPRM menjelaskan, kehadiran pegawai ke rumah berkenaan adalah sebahagian daripada prosedur biasa ketika penggeledahan, termasuk elemen kejutan bagi mengelakkan bukti dilupuskan.

“Setelah mendapati individu itu tiada di lokasi, pegawai beredar seperti biasa.

“Individu terbabit kemudian hadir sendiri ke pejabat SPRM pada hari berikutnya untuk memberi keterangan, sebelum dibebaskan tanpa penahanan,” kata SPRM.

SPRM menegaskan, semua tindakan yang diambil mengikut tatacara rasmi dan mana-mana pihak yang berasa tidak puas hati disaran membuat laporan melalui saluran yang betul seperti polis atau Jawatankuasa Aduan SPRM.

Suruhanjaya itu juga mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan tuduhan tanpa bukti di media sosial kerana ia berpotensi menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *