KAJANG – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, dihentikan sementara pada jam 12 tengah malam tadi.
Mangsa dikatakan hanyut bersama adiknya ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof memaklumkan, operasi terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan semakin gelap dan arus sungai yang kuat boleh membahayakan pasukan penyelamat.
“Operasi berjalan sepanjang hari dengan bantuan orang awam dan akan diteruskan semula pada jam 8 pagi esok (hari ini),” katanya.
Beliau turut menjelaskan, usaha SAR yang bermula sekitar jam 6.50 petang semalam melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis serta sokongan penduduk setempat.
Setakat ini, adik mangsa berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang selepas ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001