6 mayat ditemukan di lokasi nahas helikopter tentera di selatan Filipina

MANILA – Pasukan tentera Filipina menemukan enam mayat anggota Tentera Udara Filipina (PAF) yang terbunuh dalam nahas helikopter Super Huey di wilayah Agusan del Sur, selatan Filipina pada Selasa, lapor Xinhua

Jurucakap PAF Kolonel Ma. Christina Basco berkata, pasukan tentera berjaya menemukan mayat dua juruterbang dan empat anak kapal di lokasi kejadian.

“Enam mayat dijumpai di lokasi nahas, bukan lima seperti dilaporkan sebelum ini,” katanya kepada media.

Helikopter berkenaan merupakan satu daripada empat pesawat yang dikerah untuk menilai kesan Taufan Kalmaegi, yang setakat Selasa meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa di seluruh Filipina.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Super Huey ialah helikopter utiliti yang digunakan secara meluas dalam operasi ketenteraan, misi mencari dan menyelamat serta bantuan bencana, khususnya di kawasan terpencil atau terjejas akibat bencana alam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *