KUALA LUMPUR – Hanya Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggalas cabaran negara di separuh akhir Terbuka Perancis selepas tiga lagi wakil beregu lelaki negara kandas di separuh akhir.
Aaron-Wooi Yik menempah tiket ke pusingan empat terakhir selepas menewaskan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-19, 16-21, 21-19.
Lawan Aaron-Wooi Yik di separuh akhir ialah satu lagi gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang menewaskan beregu negara, Yap Roy King-Arif Junaidi 21-14, 24-22.
Harapan untuk melihat dua lagi beregu lelaki negara mara ke separuh akhir di Glaz Arena, Sesson-Cevigne tidak kesampaian apabila Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas 21-18, 14-21, 10-21 di tangan beregu Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae.
Langkah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula tersekat di suku akhir apabila tumpas kepada beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 14-21, 21-17, 23-25.
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut dikecewakan di suku akhir apabila tewas di tangan beregu China, Jia Yi Fan-Chen Qing Chen 16-21, 16-21.
Dua beregu campuran negara turut kandas di suku akhir.
Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepada pasangan nombor dua dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 18-21, 16-21.
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula disekat oleh beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-9, 21-18.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001