Belanjawan Madani 2026: Prasarana sambut baik inisiatif kerajaan perkasa pengangkutan awam

SHAH ALAM – Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menyambut baik sokongan kerajaan Madani dalam memperkasakan pengangkutan awam negara seperti yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2026 semalam.

Peruntukan RM1 billion bagi penggantian 26 unit tren LRT baharu Laluan Kelana Jaya untuk meningkatkan kecekapan operasi laluan yang paling sibuk di Lembah Klang amat dialu-alukan.

Pihak Prasarana juga menyambut baik sokongan kerajaan bagi LRT Laluan Shah Alam yang kini memasuki fasa akhir kesiapsagaan menjelang pengoperasian serta perkhidmatan RTS Link Johor Bahru–Singapura yang dijangka dibuka menjelang 1 Januari 2027.

Peruntukan untuk memperoleh 100 van mobiliti khas untuk pergerakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga adalah selari dengan aspirasi Prasarana untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua golongan rakyat Malaysia.

Peruntukan bagi inisiatif sektor pengangkutan awam dalam Belanjawan 2026 ini mencerminkan kesungguhan kerajaan Madani dalam memperkukuh dan memperkasakan sektor pengangkutan awam negara demi manfaat rakyat secara menyeluruh.

Seiring aspirasi kerajaan Madani, Prasarana akan terus meningkatkan kecekapan operasi dengan memfokus kepada usaha penambahbaikan infrastruktur, naik taraf sistem, dan peningkatan tahap perkhidmatan secara berterusan demi menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selamat, selesa dan dipercayai kepada rakyat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *