KUALA LUMPUR – Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), mengarahkan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC) untuk melunaskan tuntutan adjukasi sebanyak RM7.04 juta kepada anak syarikat Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Advancecon dalam kenyataannya berkata, bayaran tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan tersebut.
Selain itu, CCC juga telah diperintahkan untuk menanggung kos adjudikasi berjumlah RM361,508.20, yang termasuk yuran adjudikator (RM50,006.20), caj pentadbiran AIAC (RM10,800) kos pendaftaran (RM702), dan kos Advancecon Infra RM300,000.
CCC juga diarahkab membayar balik Security In Advance RM30,900 kepada AISB.
Sekiranya CCC gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, ia akan bertanggungjawab untuk membayar faedah pada kadar 5 peratue setahun ke atas jumlah tertunggak RM7,370,845.73 sehingga penyelesaian penuh dan muktamad.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advancecon Holdings Berhad, Datuk Phum Ang Kiw berkata, pihaknya mengalu-alukan keputusan adjudikator, yang mengesahkan kelayakan mereka di bawah subkontrak dan mengukuhkan kepentingan amalan pembayaran yang adil dalam sektor pembinaan Malaysia.
“Hasil ini mencerminkan pendekatan proaktif kami untuk melindungi nilai pemegang saham, memastikan bahawa sumbangan kami kepada projek infrastruktur negara utama kami akan diberi pampasan seperti EC dan projek-projek infrastruktur negara utama kami. hak kontrak sambil menyampaikan kerja berkualiti selaras dengan komitmen kami,” katannya.
Advancecon menyatakan bahawa keputusan adjudikasi tidak dijangka mempunyai kesan material ke atas pendapatan atau aliran tunainya untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Kumpulan akan terus memantau perkembangan undang-undang berikutnya dan kekal fokus pada melaksanakan projek yang sedang dijalankan dan kedudukan kewangannya sambil mengukuhkan buku pesanannya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001