Tujuh termasuk sami Buddha maut dalam kemalangan kereta kabel di Sri Lanka

NEW DELHI – Tujuh sami Buddha termasuk tiga warga asing maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan kereta kabel di sebuah biara di tengah Sri Lanka.

Menurut pegawai pada Khamis, kejadian berlaku Rabu malam ketika para sami dalam perjalanan pulang ke Biara Na Uyana di Nikaweratiya, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara Colombo, selepas selesai melaksanakan upacara keagamaan.

Tiga mangsa yang maut ialah warga India, Rusia dan Romania.

Troli yang membawa 13 sami itu terjatuh dari cerun selepas kabel yang menyokongnya putus.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dua sami terselamat dengan cedera ringan selepas terjun dari troli berkenaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *