KUALA LUMPUR – Powertechnic Group Berhad (Powertechnic atau Syarikat) dan anak-anak syarikatnya (Kumpulan), pakar dalam penyediaan sistem kren dan angkat, sistem platform bertingkat dan lif, menandatangani perjanjian taja jamin secara dengan TA Securities Holdings Berhad (TA Securities) sebagai persediaan untuk Tawaran Awam Permulaannya (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).
IPO Powertechnic melibatkan penerbitan 63 juta saham baharu, mewakili kira-kira 20.30 peratus daripada modal saham terbitan Syarikat yang diperbesarkan sebanyak 310.34 juta saham, di samping tawaran untuk penjualan 21.00 juta saham sedia ada, yang menyumbang 6.77 peratus daripada modal terbitan yang diperbesarkan.
Pengarah Urusan Powertechnic Group Berhad, Ivan Na Keh Chai berkata, perjanjian taja jamin ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting ke arah penyenaraian syarikat di Pasaran ACE Bursa Securities.
“Hasil IPO akan membolehkan kami melabur dalam automasi untuk proses fabrikasi kami, menubuhkan ruang pameran produk baharu dan ruang jualan kami di Pulau Pinang.
“Di samping mengukuhkan kehadiran produk baharu di Sarawak dan ruang pejabat jualan kami wilayah utara Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur, Singapura dan Indonesia serta memastikan kami terus menyampaikan sistem pengangkatan yang boleh dipercayai kepada pelanggan kami,” katanya.
IPO tersebut diperuntukkan seperti berikut iaitu 15.60 juta saham atau 5.02 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan akan disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia.
Sebanyak 10 juta saham atau 3.22 peratus daripada modal saham terbitan diperuntukkan kepada pengarah, pekerja, dan orang lain yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan.
Manakala 19.60 juta saham atau 6.32 peratus dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
Sebanyak 17.80 juta saham atau 5.74 peratus dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Sebanyak 21 juta saham disediakan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.
Di bawah perjanjian taja jamin, TA Securities akan menaja jamin 15.60 juta saham, sebagai saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia.
Baki saham daripada terbitan awam dan tawaran untuk dijual akan diletakkan dengan pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI, pelabur terpilih dan pihak yang layak.
TA Securities Holdings Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin, dan Ejen Penempatan untuk IPO ini.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001