Lelaki diselamatkan selepas terkurung empat hari dalam lif di Jerman

OSNABRUCK (Jerman) – Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an baru-baru ini diselamatkan daripada lif rosak di utara Jerman selepas terperangkap selama empat hari tanpa makanan, air atau cara untuk meminta bantuan, menurut polis pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejadian berlaku pada akhir Jun di rumah persendirian lelaki itu di Osnabruck.

Fiuz yang rosak menyebabkan lif berfungsi dengan tidak sempurna sekali gus menjejaskan butang panggilan kecemasan, menurut jurucakap polis.

Lelaki itu ditemui anaknya empat hari kemudian yang segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang keletihan itu, dan beliau kini pulih serta berada dalam keadaan “baik.”

Pihak berkuasa menyatakan lelaki itu sangat bernasib baik masih hidup kerana kebiasaannya seseorang hanya mampu bertahan kira-kira tiga hari tanpa air. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *