KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, awal pagi tadi.
Beliau dipanggil untuk disoal berhubung perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang Khamis lalu, yang dari awal dinasihatkan polis agar dibatalkan.
Menurut peguamnya, Aizat Azam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu selesai memberi keterangan pada jam 1.25 pagi, selepas menjawab semua 80 soalan dikemukan pegawai penyiasat.
“Dr. Akmal memberikan kerjasama yang baik dan menjawab semua soalan yang ditanya pegawai penyiasat sepanjang sesi merakam keterangan itu malam tadi.
“Anak guam saya disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,” katanya.
Dr. Akmal tiba di IPD Dang Wangi kira-kira jam 11 malam tadi dan selesai pada jam 1.25 pagi.
Sementara itu, kata Dr. Akmal, beliau tidak akan lari, malah bersedia menghadapi apa jua tindakan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001