RMK 13: Martabat Islam Terus Dijulang

KUALA LUMPUR – Peruntukan besar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan Islam terus menjadi asas pembentukan dasar dalam pentadbiran negara membuktikan kesungguhan kerajaan.

Menurut Timbalan Presiden Amanah, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, peruntukan bagi tempoh 2026 hingga 2030 itu menzahirkan komitmen penting kerajaan dalam memartabatkan Islam sebagai nilai utama dalam tadbir urus negara, selaras dengan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.

Beliau berkata, sebanyak RM 133 bilion dianggarkan akan dibelanjakan dalam sektor nilai dan kesejahteraan rakyat, termasuk sektor pembangunan dan kemajuan Islam.

“Bagi sektor teknologi pentadbiran dan pendigitalan, sektor Islam juga diberi tumpuan bernilai RM17 bilion. Jumlah perbelanjaan untuk sektor berfokuskan pembangunan Islam ini amat besar dan begitu signifikan sekali,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, RMK 13 yang berteraskan kerangka Ekonomi MADANI tidak hanya menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi juga menekankan kesepaduan aspek nilai moral, integriti dan etika Islam dalam pembentukan dasar serta pentadbiran negara.

Katanya, kerajaan terus memartabatkan Islam dalam negara seperti meletakkan prinsip Maqasid Syariah sebagai Teras Pentadbiran Negara selain penambahbaikan kecekapan institusi Islam melalui pentadbiran berteraskan Maqasid Syariah.

“Pendekatan Maqasid Syariah diperluaskan dalam dasar negara meliputi kesihatan, pendidikan, ekonomi dan keselamatan sosial.

“Selain itu, RMK 13 meneruskan usaha penambahbaikan penyelarasan antara institusi persekutuan dan negeri bagi hal ehwal Islam melalui prinsip musyawarah dan amanah serta akan membantu melancarkan usaha berterusan penyeragaman undang-undang syariah bagi mengelakkan pertindihan antara negeri-negeri dan antara negeri dan Persekutuan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Langkah ini akan membantu menghindari daripada konflik yang berpotensi menimbulkan polemik yang tidak produktif untuk umat Islam dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mujahid berkata, RMK 13 turut melaksanakan transformasi digital dalam perkhidmatan antaranya e-nikah, e-fatwa, e-zakat dan MyMasjid.

Katanya, pelaksanaan ini akan memanfaatkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan data raya untuk efisiensi pentadbiran agama.

“Selain membuka peluang kepada pembangunan sistem pintar maklumat Islam (Islamic Intelligence System) sebagai pintu akses dakwah dan sekali gus membentuk piawaian validasi untuk isi kandungan Islam sebagai rujukan,” katanya.

Dalam usaha pemerkasaan Ekonomi Islam dan Hub Halal pula, pendekatan sosial ekonomi melalui peluasan sektor wakaf dan zakat melalui digitalisasi dapat memaksimakan kutipan dan memanfaatkan agihan kepada golongan asnaf.

“Selain itu, pelan Malaysia sebagai hab halal global diperhebat meliputi sektor teknologi dan gaya hidup Islam yang dianggarkan nilai pasaran globalnya berjumlah AS$ 7 Trilion menjelang 2030.

“Malaysia mengunjurkan mendapat manfaat bernilai AS$ 113.2 bilion menjelang 2030 dalam sektor ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, masjid turut diberikan peranan yang lebih menyeluruh sebagai pusat komuniti setempat melalui program dakwah sosial, sokongan psikospiritual dan khidmat kemasyarakatan.

Katanya, konsep Masjid Madani dan Rahmah menjadi fokus utama dalam usaha tersebut dan perlu dipacu dengan lebih hebat lagi.

“Seluruh rakyat Malaysia harus menjayakan RMK-13 ini selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang bukan hanya makmur secara material, tetapi juga berteraskan nilai-nilai adab dan akhlak rahmah,” katanya.

Dalam pada itu Mujahid berkata, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut menekankan dalam ucapannya bahawa Islam bukan sekadar slogan, tetapi asas nilai yang memimpin dasar negara.

“Islam bukan untuk menghukum, tetapi untuk membimbing dan menyantuni.” ujarnya.

Justeru menurut Mujahid, kenyataan itu harus difahami oleh semua institusi pentadbiran Islam di peringkat negeri dan Persekutuan sebagai asas kepada reformasi menyeluruh berlandaskan nilai rahmah, amanah, hikmah, muafakat, adil dan saling menghormati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *