Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR – Empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terbabit adalah Seremban, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 155, Nilai (154), Johan Setia di Selangor (151) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (140).

Menurut klasifikasi JAS bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di Google Play atau App Store.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan nasihat kesihatan dan langkah pencegahan semasa jerebu yang boleh didapati menerusi laman sesawang www.moh.gov.my. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *