PDRM kesan video palsu guna imej Sultan Ibrahim tawar bantuan kewangan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu video tular berdurasi 32 saat di media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan tawaran bantuan kewangan, menggunakan imej Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata video yang dimuat naik di akaun TikTok @DATUKZULKARNAIN77 itu dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Video berkenaan memaparkan seolah-olah Sultan Ibrahim bertitah mengenai tawaran bantuan kewangan kepada rakyat, dan menggesa mereka yang mengalami masalah kewangan supaya menghubungi individu dikenali sebagai Datuk Zulkarnain.

“PDRM menegaskan kandungan video tersebut adalah palsu dan dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung video itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan kandungan video berkenaan serta tidak menghubungi individu terbabit kerana ia merupakan cubaan penipuan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *