JDT tewas kepada Valencia Mestalla

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kekalahan pertama dalam siri perlawanan persahabatan pramusim apabila tewas 0-1 kepada Valencia Mestalla dalam aksi yang berlangsung di Stadio Olimpic Camilo Cano, Alicante, awal pagi Selasa.

Kekalahan itu hadir selepas pasukan Harimau Selatan mencatat dua kemenangan dan dua keputusan seri dalam empat aksi terdahulu sebagai persiapan menjelang musim baharu Liga Malaysia yang dijadual membuka tirai pada 8 Ogos depan.

Dalam perlawanan tersebut, jaringan tunggal oleh pemain muda berusia 17 tahun, Jaume Dura pada minit ke-35 sudah memadai untuk memberikan kemenangan kepada Valencia Mestalla, iaitu pasukan simpanan (feeder club) kepada kelab utama La Liga, Valencia CF.

Untuk rekod, Valencia Mestalla kini beraksi dalam saingan Divisyen Empat bola sepak Sepanyol.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Setakat ini, daripada lima aksi pemanas badan, JDT mencatat dua kemenangan ke atas Real Murcia Imperial (4-0) dan Costa City (1-0), seri menentang Cardiff City (2-2) serta Levante UD (0-0), sebelum mengalami kekalahan kepada Valencia Mestalla.

JDT dijadualkan menentang kelab dari Qatar, Al-Rayyan SC dalam aksi persahabatan seterusnya yang akan berlangsung di Pusat Latihan San Pedro del Pinatar pada Rabu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *