Kes bunuh penuntut universiti: Polis tahan 3 suspek termasuk 2 wanita

CYBERJAYA – Polis menahan seorang lelaki dan dan dua wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan penuntut universiti di Mutiara Ville di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.28 pagi 24 Jun lalu.

“Susulan laporan itu, operasi bersama Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menahan ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 20 tahun, di sekitar Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan, semalam dan hari ini,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan dalam tempoh kurang 48 jam selepas laporan polis diterima.

“Permohonan reman terhadap semua suspek dibuat pagi ini di Mahkamah Sesyen Sepang bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat yang tidak benar yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *