40 rumah di Baling dilanda banjir kilat

BALING – Hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak jam 7 malam tadi menyebabkan 40 rumah di tujuh kampung di daerah ini dilanda banjir kilat.

Antara kampung terjejas adalah Kampung Paya, Siput, Dusun Ghani, Banggol Derom, Haji Abas dan Lubok Pedati berikutan limpahan air Sungai Ketil.

Banjir kilat itu turut menyebabkan kawasan rumah penduduk dinaiki air sehingga paras lutut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.38 malam di Kampung Kedua, di sini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, sepasukan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan I Samsari Ibrahim tiba di lokasi tidak lama kemudian untuk melakukan pemantauan.

“Sekiranya limpahan air terus meningkat, berkemungkinan paras air di tujuh kampung itu terus meningkat.

“Setakat ini tiada pusat pemindahan (PPS) dibuka dan tiada mangsa yang dipindahkan dari kediaman mereka.

“Buat masa sekarang hujan sudah berhenti, namun anggota bomba tetap melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air,” katanya di sini hari ini.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Zulkhairi berkata, anggotanya turut menasihatkan penduduk supaya bersedia untuk berpindah sekiranya paras air semakin meningkat dan hujan lebat berterusan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *