BALING – Isteri kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza serta anak perempuan mereka berusia enam tahun yang terbabit tragedi nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi semalam, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Baling.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria, berkata Nurul Ain Zakaria, 36, dan anak, Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, akan dirujuk ke Bahagian Ortopedik untuk rawatan susulan.
Ketika dihubungi, beliau memaklumkan bahawa suami Nurul Ain yang juga pemandu MPV itu, Mohd Lutfi Radzi, 37, bersama anak bongsu, Muhammad Ahsan Nafis, 2, yang turut cedera dalam kemalangan itu, bagaimanapun telah dibenarkan pulang petang tadi selepas menerima rawatan di hospital sama.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001