MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, lapor agensi berita TASS.
Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin, kedua-dua pemimpin akan membincangkan bidang utama kerjasama dua hala, khususnya dalam politik, perdagangan dan ekonomi. Mereka turut dijangka merangka langkah seterusnya untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.
Putin dan Anwar juga akan bertukar pandangan mengenai perkembangan antarabangsa dan serantau yang mendesak.
Kedua-dua pemimpin kali terakhir bertemu pada September 2024 di luar Forum Ekonomi Timur (EEF) di Vladivostok.
Rusia dan Malaysia berkongsi pendirian serupa dalam pelbagai isu serantau dan global.
Kedua-dua negara aktif bekerjasama menerusi platform seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Malaysia secara rasmi menjadi negara rakan BRICS pada Januari 2025.
Ketika ini, Rusia dan Malaysia telah memeterai 20 perjanjian kerjasama.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Menurut Duta Besar Rusia ke Malaysia, Nail Latypov, jumlah dagangan dua hala mencecah kira-kira US$2.5 bilion pada akhir 2024.
Eksport utama Rusia ke Malaysia merangkumi mineral mentah, minyak dan produk kimia, manakala eksport Malaysia ke Rusia termasuk getah, jentera dan barangan pertanian. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
