MN Holdings dianugerah projek infra pusat kuasa data bernilai RM168.9 juta

MN Holdings terima dua kontrak RM29.7 juta bagi loji janakuasa solar di Sungai Petani

KUALA LUMPUR – MN Holdings Berhad menerusi MN Power Transmission Sdn. Bhd. telah dianugerahkan dua kontrak bernilai RM29.7 juta daripada Fabulous Sunview Sdn. Bhd. (FSSB), bagi projek loji janakuasa solar 29.99 MWac di Sungai Petani, Kedah.

Skop kerja kontrak itu merangkumi penubuhan kemudahan perhubungan (IF) baharu dan pengembangan dua ruang 132 kilovolt (kV) di salur masuk utama penghantaran (PMU) sedia ada di Aman Jaya.

Kontrak akan bermula selepas pengeluaran notis untuk meneruskan (NTP) daripada Fabulous Sunview dengan sasaran tempoh penyiapan 10 bulan dari tarikh NTP.

Pengarah Eksekutif MN Holdings, Datuk Dang Siong Diang berkata, kontrak itu mengukuhkan sokongan mereka terhadap agenda hijau Malaysia dan menyerlahkan penglibatan berterusan dalam menyokong peralihan negara ke arah sumber tenaga bersih.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dengan melaksanakan kerja-kerja saling sambungan penting, kami membolehkan penyepaduan tenaga suria berskala besar ke dalam grid nasional, menyumbang kepada ekosistem kuasa yang lebih mampan dan berdaya tahan,” katanya.

Siong Diang berkata, pihaknya kekal komites untuk menjadi sebahagian daripada transformasi itu, menyediakan rumusan kejuruteraan yang boleh dipercayai dan sedia masa depan untuk menyokong pertumbuhan sektor tenaga boeh diperbaharui.

Kontrak terbaharu ini menekankan penyertaan kumpulan yang semakin meningkat dalam program Solar Skala Besar Malaysia (LSS) dan menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang lebih luas.

MN Holdings juga telah memperoleh satu lagi projek untuk loji janakuasa Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) di Kuala Ketil, Kedah, dengan jumlah kontrak sebanyak RM5.2 juta untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan IF untuk loji tenaga solar 14.99MWac.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *