Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Sultan Perak zahir dukacita, bendera negeri dikibarkan separuh tiang

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kembali ke Rahmatullah malam tadi.

Menerusi Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Persidangan DUN Perak Ke-15 hari ini, baginda bertitah, seluruh rakyat negeri Perak bersama Raja Permaisuri Perak dan Dewan Negeri turut berkongsi kesedihan atas kehilangan negarawan tersebut.

“Beta bersama Raja Permaisuri, Dewan ini dan seluruh rakyat Beta di negeri Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Tun Abdullah, dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jeanne Abdullah dan keluarga Allahyarham,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut mendoakan agar roh Allahyarham Tun Abdullah dilimpahi rahmat serta ditempatkan dalam kalangan roh para solihin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebagai tanda berkabung dan menghormati pemergian beliau, baginda turut menitahkan agar bendera negeri Perak dikibarkan separuh tiang hari ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *