Pemandu lori maut dihempap lori tanah 10 tan di Antara Gapi

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan di Antara Gapi, Hulu Selangor, dekat sini, petang semalam.

Mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja selesai mengeluarkan muatan tanah daripada lori berkenaan sebelum dihempap kenderaan berat tersebut yang tiba-tiba condong dalam kejadian kira-kira jam 2 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Selepas mengeluarkan semua muatan tanah, lori itu tiba-tiba condong dan hampir terbalik ke sebelah kanan. Mangsa bertindak turun untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat dan dihempap kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Asri berkata proses bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut supaya tampil membantu siasatan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *