Hajiji ajak rakyat Sabah bersama kekalkan perpaduan, keharmonian

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak seluruh rakyat Sabah tidak kira bangsa dan agama untuk bersama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Beliau juga meminta semua pihak bersama-sama membangunkan Sabah sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Sempena hari raya adalah penting untuk kita mengingati mereka yang kurang bernasib baik. Dengan semangat bersedekah dan ihsan yang merupakan satu daripada makna Aidilfitri, marilah kita menghulurkan tangan dengan hati terbuka untuk membantu mereka memerlukan.

“Semoga kita semua berusaha untuk menyokong satu sama lain, memperkukuh semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang terkandung dalam perayaan ini. Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mendengar, memahami seterusnya bertindak menyelesaikan masalah serta isu dihadapi oleh rakyat,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ketua Menteri berkata, dalam meraikan Aidilfitri, jangan lupa untuk bersyukur dengan kekuatan dan ketabahan sepanjang Ramadan.

“Ketika berpuasa dan muhasabah diri ini membawa kita lebih dekat kepada iman, mengingatkan tentang kepentingan kesabaran, ketabahan dan pemahaman,” katanya.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat yang meraikannya,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *