GP F1 China: Piastri bangkit gemilang

PELUMBA Australia, Oscar Piastri mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas kekecewaan di perlumbaan tanah airnya, apabila memenangi Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) China dari petak permulaan pada Ahad.

Lebih manis, kemenangan itu turut disempurnakan oleh rakan sepasukan McLaren, Lando Norris, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua, sekali gus menguasai podium.

George Russell dari Mercedes meraih tempat ketiga, manakala juara bertahan, Max Verstappen dari Red Bull, hanya mampu berpuas hati di tempat keempat.

Kejayaan Piastri ini juga menafikan peluang Norris untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, selepas kejayaannya di GP Abu Dhabi pada penghujung musim lalu dan perlumbaan sebelum ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

*Namun begitu, kemenangan ini mengukuhkan dominasi McLaren, yang kini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlumbaan musim ini.

“Kerja yang hebat, kawan-kawan. Kereta ini sangat, sangat hebat,” kata Piastri menerusi radio pasukan selepas melintasi garisan penamat, mengulangi frasa “sangat hebat” yang sering diungkapkan Verstappen sebelum ini.

Pelumba berusia 23 tahun itu turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaiannya di GP China.

“Saya sangat bangga dengan keseluruhan hujung minggu ini. Inilah yang saya rasa layak saya dapatkan selepas minggu lalu,” tambah Piastri, yang hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan di GP Australia, walaupun bermula dari barisan depan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

KEPUTUSAN GP F1 CHINA 2025

1. Oscar Piastri, McLaren F1 Team

2. Lando Norris, McLaren F1 Team

3. George Russell, Mercedes AMG Petronas F1 Team

4. Max Verstappen, Oracle Red Bull Racing

5. Esteban Ocon, MoneyGram Haas F1 Team

6. Kimi Antonelli, Mercedes AMG Petronas F1 Team

7. Alex Albon, Atlassian Williams Racing

8. Oliver Bearma, MoneyGram Haas F1 Team

9. Lance Stroll, Aston Martin Aramco F1 Team

10. Carlos Sainz, Atlassian Williams Racing 76.387s

11. Isack Hadjar, Visa Cash App Racing Bulls F1 Team

12. Liam Lawson, Oracle Red Bull Racing

13. Jack Doohan, BWT Alpine F1 Team

14. Gabriel Bortoleto, Stake F1 Team Kick Sauber

15. Nico Hulkenberg, Stake F1 Team Kick Sauber

16. Yuki Tsunoda JPN, Visa Cash App Racing Bulls F1 Team

* Tidak menamatkan perlumbaan Fernando Alonso (Aston Martin Aramco F1 Team)

1. Charles Leclerc, Scuderia Ferrari HP * dibatalkan

2. Pierre Gasly, BWT Alpine F1 Team * dibatalkan

3. Lewis Hamilton, Scuderia Ferrari HP * dibatalkan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *