Hal Ehwal Agama: Kenyataan MP Raub suara peribadi, tak akan dipersetujui Jemaah Menteri - PM Anwar

Hal Ehwal Agama: Kenyataan MP Raub suara peribadi, tak akan dipersetujui Jemaah Menteri – PM Anwar

14/02/2025:

PUCHONG – Tiada keperluan untuk memecahkan portfolio Menteri Agama, khusus untuk masyarakat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, cadangan yang dikeluar oleh Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini adalah bersifat peribadi, dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.

Anwar berkata, soal pelantikan itu adalah budi bicara Perdana Menteri, dan ia langsung tidak termasuk dalam perkiraan beliau.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kenyataan Ahli Parlimen Raub itu suara peribadi, tidak dipersetujui oleh mana-mana dalam kerajaan apatah lagi Jemaah Menteri. Soal pelantikan itu kita tahu budi bicara Perdana Menteri, dan itu tidak termasuk dalam perkiraan (saya).

“Ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ada Menteri Perpaduan, ada Jawatankuasa Harmoni yang mewakili semua kaum semua agama … (Jadi) saluran itu memadai,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai makan tengah hari bersama penduduk setempat di Gerai Syam bawah Pokok, dan menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana di sini, pada Jumaat.

Pada 11 Februari lepas, Chow sewaktu membahaskan Titah Diraja telah mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, iaitu untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan mungkin boleh mencontohi amalan beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan yang mempunyai exco untuk portfolio berkenaan.

Bagaimanapun cadangan tersebut mendapat tentangan keras daripada pihak-pihak tertentu, yang melihat ia sebagai membelakangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *