Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza

Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza

TEL AVIV – Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.

Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.

Beliau juga menyatakan tentera Israel akan meneruskan serangan sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.

Hamas sebelum ini membebaskan beberapa tebusan secara berperingkat dalam fasa pertama gencatan senjata yang dicapai bulan lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Namun, pada Isnin, Hamas enggan melepaskan lagi tebusan dan menuduh Israel melanggar syarat gencatan senjata.

Mereka mendakwa Israel bertanggungjawab atas insiden tembakan maut serta kelewatan penghantaran bantuan ke Gaza.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa Hamas harus membebaskan semua tebusan sebelum tengah hari Sabtu.

Jika tidak, beliau akan mencadangkan pembatalan gencatan senjata Israel-Hamas yang berkuat kuasa sejak 19 Januari.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tidak jelas sama ada Netanyahu merujuk kepada tebusan yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu atau kesemua tebusan yang masih ditahan di Gaza.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *