Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang.

“Seorang penumpang mendapati individu tidak dikenali sedang membuka bagasinya. Pengadu segera memaklumkan perkara itu kepada kru penerbangan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

“Hasil siasatan mendapati tiada barang berharga yang hilang, namun suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu di Facebook hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kenyataan itu memaklumkan perintah reman terhadap suspek akan dimohon di Mahkamah Balik Pulau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *