Kilang haram: Apa pendirian kerajaan Selangor?

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor menggesa kerajaan negeri segera menoktahkan kewujudan kilang haram yang seakan tiada kesudahan.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, tempoh pemutihan untuk kilang haram atau kilang tanpa kebenaran (KTK) yang digerakkan sejak 31 Julai 2006 hingga 31 Disember 2020 sudah tamat, tetapi isu itu masih tidak selesai.

“Adakah kerajaan tidak mengambil serius?” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, antara tahun 2018 hingga tahun 2023, sebanyak 7,452 kilang haram telah dikenal pasti di seluruh negeri itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, kebanyakan kilang haram dibina tanpa menukar syarat nyata tanah terlebih dahulu.

“Walaupun sudah diberi peluang untuk membuat pemutihan, kilang haram itu tetap berdegil.

“Apa yang mengejutkan hanya 7.37 peratus tampil membuat permohonan tukar syarat nyata tanah kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang berkaitan,” katanya.

Mohamed Sukri berkata, belum lagi diambil kira data permohonan kebenaran merancang, permit mahupun lesen diterima oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang sangat mengecewakan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kata beliau, angka itu membuktikan kerajaan sangat tidak tegas bagi membanteras kewujudan kilang haram itu.

“Kilang haram ini bukan sahaja tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada kerajaan negeri, bahkan turut menjejaskan ekosistem setempat dengan menghasilkan pelbagai jenis pencemaran seperti pencemaran air,” ujarnya.

Menurutnya, Selangor sememangnya cukup terkenal dengan isu gangguan air tidak berjadual.

Katanya, alasan yang kerap diberitahu apabila berlaku situasi sebegini ialah sumber air mentah di loji rawatan air tercemar.

“Kilang haram sudah pasti tidak segan silu membuang segala sisa buangannya terus ke dalam sungai.

“Sikap tidak bertanggungjawab ini membuatkan air sungai tercemar, seterusnya loji rawatan air terpaksa ditutup,” katanya lagi.

Beliau menambah, pada 2020, daripada 5,589 kilang haram yang beroperasi, 869 atau 15.54 peratus berada di sekitar sungai.

Kesannya, ujar beliau, rakyat tidak dapat menerima bekalan air bersih secara tidak berjadual.

“Perkara ini sangat memalukan bagi sebuah negeri yang maju dan kaya seperti Selangor ini.

“Malah, kerajaan juga terpaksa membelanjakan wang rakyat untuk merawat semula air yang tercemar.

“Mengapa gerak kerja kerajaan Selangor sangat perlahan dalam isu ini?,” soal beliau. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *