KUALA LUMPUR – DC Healthcare Holdings Berhad (DC Healthcare), penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum, melancarkan DC Academy, pusat latihan terkini yang didedikasikan untuk memajukan kemahiran profesional dalam industri perubatan estetik.
DC Academy terletak di lokasi strategik di Taman Tun Dr. Ismail, menandakan satu langkah penting dalam usaha DC Healthcare untuk meningkatkan pembangunan profesional pengamal perubatan estetik.
Akademi ini dilengkapi dengan teknologi perubatan terkini dan dikendalikan oleh tenaga pengajarberpengalaman dengan lebih 15 tahun pengalaman industri, memastikan semua program latihan memenuhi piawaian kualiti tertinggi.
Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr. Chong Tze Sheng berkata, penubuhan DC Academy menandakan satu kejayaan dalam misi kami untuk memartabatkan industri perubatan estetikdi Malaysia.
“Dengan menyediakan latihan dan pensijilan yang ketat, kami sedang membentukmasa depan penjagaan perubatan estetikmenekankan keselamatan dan kecemerlangan,” katanya.
Selain pelancaran akademi itu, DC Healthcare turu memperkenalkan slogan baharu DC Academy, “Master The Art, Safety At Heart”, yang mencerminkan komitmen Kumpulan untukmemupuk bakat dan memastikan kecemerlangan di seluruh operasinya.
Tze Sheng menambah, DC Academy akan menawarkan rangkaian kursus yang komprehensif, termasuk program khusus dalam Terapi Estetik Tahap 4, yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia, melalui Program Sistem Latihan Dual Nasional (Sistem Latihan Dual Nasional, atau ‘SLDN).
“Ini menjadikan DC Academy institusi berasaskan klinik pertama di Malaysia yang menawarkan program peringkat diploma yang khusus disesuaikan dengan industri perubatan estetik,” tambahnya.
Dengan keupayaan untuk mendaftar sehingga 20 pelajar pada satu masa, DC Academy menyasarkan untuk menjadi asas pendidikan profesional dalam sektor estetik perubatan.
Program akademi direka bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiranteknikal tetapi juga untuk menerapkan amalan terbaik yang mengutamakan keselamatan dan penjagaan pesakit. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001