PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium

PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium

BRUSSELS – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.

Majlis yang diadakan sempena lawatan dua hari beliau ke Belgium yang bermula Ahad, dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak dan Presiden Persatuan Malaysia di Belgium Sarala Shambulingam.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Khalid Abbasi dalam ucapannya pada majlis itu berkata terdapat kira-kira 200 rakyat Malaysia bekerja atau belajar di Belgium.

“Satu nama popular yang tidak dapat hadir ialah pemain bola sepak Luqman Hakim Shamsudin yang mempunyai perlawanan malam ini,” katanya.

Luqman Hakim mencipta sejarah bola sepak negara apabila menandatangani kontrak dengan kelab Belgium KV Kortrijk. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *