SEOUL – Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu sekali lagi tidak mengendahkan panggilan kedua daripada badan antirasuah yang menyiasat pelaksanaan undang-undang tentera yang kontroversi pada 3 Dis lalu, lapor agensi berita Yonhap.
Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan (CIO) mengarahkan Yoon hadir sebelum 10 pagi sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang dibuat sebelum ini.
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252