Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit ragut

Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit ragut

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki disyaki terbabit kes ragut seutas rantai emas bernilai RM30,000 di Subang Jaya di sini pada 12 Oktober lalu ditahan dalam serbuan berasingan, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di Petaling Jaya dan Subang Jaya susulan laporan seorang lelaki tempatan yang mendakwa disamun seorang daripada suspek.

“Kesemua suspek masing-masing bekerja sebagai penghantar dokumen, pembeli emas dan pembantu kedai emas dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

“Semasa serbuan turut dirampas beberapa barang kemas dan resit pembelian emas serta sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Azlan berkata seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 November manakala dua lagi direman sehari.

“Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes ragut di Subang Jaya dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek di daerah lain,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *