Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi

‘Biarlah dia seorang sahaja yang kuat’ – Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi

KAJANG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai lemah.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di sini hari ini, Anwar dalam jawapan ringkas secara sinis berkata, “Biarlah dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat”.

Anwar berkata demikian ketika ditanya reaksi beliau terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu pada Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Kerdau, Temerloh yang turut mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘naik kepala.’

Semalam, Abdul Hadi dikatakan turut mendakwa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan tidak mampu mengawal rakan pimpinan bukan Islam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Presiden PAS itu mendakwa kebanyakan parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah berpandukan kepada Melayu dan Islam namun masih gagal untuk mempertahan perkara yang melibatkan kesucian agama Islam daripada dicampuri oleh masyarakat bukan Islam termasuk isu pensijilan halal. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *