Faiz Fadzil

Kenyataan Hanipa Maidin pandangan peribadi, bukan mewakili Amanah

KUALA LUMPUR – Kenyataan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Hanipa Maidin akan membawa keluar parti itu dari kerajaan perpaduan sekiranya beliau adalah presidennya, adalah pandangan peribadinya.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, kenyataan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bukan mewakili parti.

“Amanah mengambil maklum kenyataan saudara Mohamed Hanipa Maidin berkaitan isu siasatan kes Ong Ing Keong dan menegaskan kenyataan tersebut adalah pandangan peribadi beliau, bukan mewakili pendirian parti.

“Selaras dengan peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Amanah menghormati pandangan peribadi setiap ahli.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sungguhpun begitu, sejajar dengan prinsip kedaulatan undang-undang, setiap siasatan kes perlulah dikendalikan oleh pihak berkuasa, yang mana Amanah yakin dilakukan secara adil dan telus,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menegaskan, dasar dan tata kelola kerajaan Perpaduan adalah dalam landasan tepat membawa negara ini ke arah lebih progresif dan cemerlang.

Justeru, katanya, keutuhan kerajaan Perpaduan akan sentiasa menjadi agenda utama Amanah. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *