PRK Nenggiri: Polis buka satu kertas siasatan

PRK Nenggiri: Polis buka satu kertas siasatan

KOTA BHARU – Polis buka satu kertas sisatan berhubung kenyataan sensitif seorang ahli politik dalam ceramahnya di Unit Daerah Mengundi (UDM) Bertam Baru di sini, sempena kempen PRK DUN Nenggiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kenyataan itu dibuat oleh ahli politik berkenaan pada 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, susulan itu satu laporan polis telah dibuat seorang lelaki yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Gua Musang berusia 29 tahun.

“Kita buka kertas siasatan untuk kes itu mengikut tiga Seksyen iaitu Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan susulan kenyataan itu yang turut tular di media sosial,” katanya dipetik BHNews pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu kenyataan seorang ahli politik berhubung isu sebahagian besar permohonan pemilikan tanah yang sudah diluluskan oleh kerajaan negeri tidak diselesaikan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, setakat ini kempen PRK DUN Nenggiri berjalan lancar tanpa ada kes provokasi berlaku. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *