Beberapa roket menggegarkan utara Israel

Beberapa roket menggegarkan utara Israel

KIRYAT SHMONA – Beberapa roket yang didakwa berasal dari Lubnan menggegarkan sebuah bandar di utara Israel, Kiryat Shmona pada Selasa.

Menurut rejim Israel, beberapa roket bagaimanapun berjaya dipintas manakala selebihnya jatuh di kawasan lapang sehingga menyebabkan kebakaran di beberapa kawasan.

Susulan serangan, sistem siren dibunyikan bagi memaklumkan kepada penduduk agar mencari tempat perlindungan.

Dalam serangan balas, pihak Israel mendakwa tentera udaranya telah menyerang beberapa fasiliti milik Hezbollah di selatan Lubnan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kumpulan bersenjata Lubnan Hezbollah dalam pada itu mengaku bertanggungjawab atas satu siri serangan lain menggunakan dron yang menyasarkan Israel utara.

Kumpulan itu memberi amaran bahawa serangan itu bukanlah semata-mata disebabkan pembunuhan Israel terhadap komander tertinggi Hezbollah minggu lalu.

Susulan serangan, kebimbangan terhadap perang besar-besaran di timur tengah semakin memuncak.

Ini berikutan ikrar Hezbollah untuk membalas dendam atas pembunuhan komander Fuad Shukr dan janji Iran untuk bertindak balas terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran minggu lalu. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *